prubsn-warisan

APA ITU TAKAFUL

APA ITU TAKAFUL?

Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong – menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam.

Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh ‘Mujaddid’ Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan ‘munakahat’ (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.

Ingin dilindungi oleh Prudential BSN Takaful? Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful

prubsn-warisan

MRTA vs MLTA

MLTA VS MRTA PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Ramai yang masih belum memahami bagaimana insurans takaful boleh melindungi pinjaman perumahan anda dan ramai jugak yang masih blur blur bagaimana akaun unik ini berfungsi.

Ada yang confuse dengan perlindungan rumah untuk kebakaran, kecurian, tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat dua pecahan insurans takaful, yang pertama insurans am, insurans takaful ini merangkumi apa sahaja perlindungan selain berkaitan dengan perlindungan insurans selain nyawa dan kesihatan manusia. Sekiranya berkaitan nyawa dan kesihana manusia ianya dikenali sebagai life insurans. Jadi apa yang saya nak tekankan di sini, perlindungan loan rumah anda sebenar jatuh di dalam kategori perlindungan nyawa kerana sekiranya berlaku kematian kepada peminjam pinjaman rumah tersebut, maka mungkin pasangan yang ditinggalkan tidak mampu menyambung pembayaran bulanan rumah yang mana menyebabkan rumah terpaksa di lelong oleh bank. Jadi dengan membeli perlindungan kematian kepada peminjam maka duit pampasan kematian boleh diberikan kepada waris untuk melangsaikan pinjaman rumah tersebut. Ada dua cara untuk melindungi pinjaman rumah anda, iaitu:-

  1. MLTA
  2. MRTA

Apakan perbezaan kedua2 akaun perlindungan ini? Saya akan explain di dalam post yang lain. Insyallah

Ingin dilindungi oleh Prudential BSN Takaful? Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful

prubsn-warisan

JOM KENAL PLAN KAD PERUBATAN ANDA

Maklumat yang perlu anda AMBIL TAHU SECARA SERIUS sebelum mengambil plan kad perubatan dan plan takaful…

  1. Adakah kad perubatan tersebut GUARANTEE RENEWAL atau YEARLY RENEWAL BASIS?
  2. Apakah perbezaan antara kad perubatan STANDALONE dan kad perubatan sebagai rider di dalam INVESTMENT LINK PLAN?
  3. Apakah perbezaan KO-TAKAFUL @ KO-INSURANS dengan PENALTI kalau Ugrade Bilik?
  4. Adakah terdapat MANFAAT PAYOR/CONTRIBUTOR di dalam plan anda yang akan membantu membayar caruman sekiranya anda di diagnos penyakit kritikal
  5. LIMITATION berkaitan lawatan pakar ketika menerima rawatan dihospital?
  6. LIMITATION untuk rawatan pesakit luar berkaitan buah pinggang dan kanser?
  7. TEMPOH PLAN BERKUATKUASA. Sehingga bilakah anda dilindungi? Short term or long term?
  8. Perbezaan kad perubatan 1st PARTY dan 3rd PARTY?
  9. Apakah plan anda plan 3 dalam 1, PERBEZAAN antara 3 dalam 1 atau sekadar plan 2+1? Mana satu pilihan anda…fikir-fikirkan…..
  10. Kad perubatan MAHAL? kad perubatan MURAH tentu ada sebab? Adakah berbaloi dengan INVESTMENT yang anda buat?

Ramai yang tak tahu, bila dah terkena baru tahu, tetapi semuanya sudah terlambat pada waktu itu. Kami ada jawapan untuk pilihan terbaik anda. Hubungi kami segera….kalau nak kad perubatan prudential.

Ingin dilindungi oleh Prudential BSN Takaful? Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful

prubsn-warisan

BIL HOSPITAL PAKAR AMAT TINGGI

Sudahkah anda mempunyai Prudential BSN Takaful Education Plan Untuk Anak Anda?

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Sumber dari Berita Harian

Ingin dilindungi oleh Prudential BSN Takaful? Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful

prubsn-warisan

EDUCATION PLAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Sudahkah anda mempunyai Prudential BSN Takaful Education Plan Untuk Anak Anda?

Rata-rata yang prospek yang saya jumpa ramai yang masih blur-blur atau “confuse” akan apa itu plan pendidikan, plan persaraan. Sebenarnya mudah sahaja untuk anda faham, anda simpan duit di mana-mana pun itu adalah plan pendidikan untuk anak anda, plan persaraan untuk diri sendiri, contohnya sekiranya anda simpan di bank, simpan di unit amanah, simpan emas dan lain-lain adalah plan pendidikan atau persaraan anda, tetapi adakah simpanan anda selamat sekiranya sesuatu berlaku sebelum tiba masanya, contohnya simpanan untuk anak dalam bank semenjak anak lahir, dengan tujuan utama apabila anak berumur 20 tahun ada sekian banyak simpanan, sekiranya berlaku kematian ataupun sakit kritikal kepada penyimpan tadi adakah target simpanan akan berlaku? jawapannya tentu tidak, tetapi dengan perlindungan takaful yang anda ambik simpanan akan disambung oleh takaful operator sekiranya ada manfaat “parent contributor” diambil. maka simpanan pendidikan untuk anak masih berlaku walaupun pembayar sakit kritikal ataupun telah tiada.

Ramai yang masih tidak faham betapa pentingnya perlindungan kad perubatan untuk anak-anak anda. Sekiranya anak anda sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta maka tujuan menyimpan tadi akan menjadi sia-sia sekiranya anda menyimpan cara biasa tanpa perlindungan takaful (kad perubatan) sekiranya anak dah sakit sudah tentulah semua simpanan tadi terpaksa dikeluarkan untuk membayar bil hospital. Jadi bagaimanakah masa depan anak anda? Adakah sempat untuk mengumpul semula simpanan?

Ingin dilindungi oleh Prudential BSN Takaful? Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful

prubsn-warisan

KENAPA PERLU ADA KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Kenapa anda perlu mendapatkan pelan Kad Perubatan Prudential BSN Takaful?

Tahukah anda kos perubatan meningkat dalam purata 15% setahun?

Apakah kesan kenaikan 15% setahun kepada perbelanjaan perubatan anda dan keluarga anda

Jika bil untuk rawatan denggi hari ini RM5,000, pada 5 tahun akan datang jumlah anda perlu bayar adalah RM10,000. Dan pada 20 tahun akan datang, kos rawatan denggi sahaja mungkin berharga RM50,000!!!

Syukurlah kalau simpanan anda masa tu dah banyak.

Atau jika belum membuat simpanan, anda bukalah akaun simpanan 3 dalam satu ( simpanan + kad perubatan prudential bsn takaful + perlindungan ) untuk anda dan keluarga anda.

Ingin dilindungi oleh Prudential BSN Takaful? Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful